Thursday, 12 April 2012
Rumusan pemantauan nazir terhadap dasar MBMMBI
Pemantauan bertema yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana pelaksanaan dasar MBMMBI dijalankan di SK Kepis Felda. Hasil dari tinjauan yang dilaksanakan, masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha menjayakan dasar ini. Paling ketara ialah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dasar ini menggalakkan guru-guru menggunakan kemudahan makmal bahasa untuk sessi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pihak kementerian telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menambahbaik kemudahan makmal komputer untuk dijadikan makmal bahasa. Dengan yang demikian penggunaan makmal bahasa haruslah digunakan semaksima mungkin semasa melaksanakan P&P.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment