Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul
Wednesday, 8 August 2012
Tuesday, 24 July 2012
Hikmat Suara
Hai syurga Jannatul-Naim, sedang terlalu sedang terlali, bayu bertuip lagi berhenti, burung terbang alangkan singgah, air hilir balik mudik, gajah puteh seberang laut yang mendengar suaraku, seperti suara Nabi Daud, rupaku seperti Nabi Yusuf, Hai sekelian umat Muhammad, mendengar suaraku, gila, mabuk, asyik, berahi. Dengan berkat doa Laillah-haill-allah Muhammad-darrasulullah.
Friday, 4 May 2012
wow...lama btul tak jenguk blog aku ni. Bz sangat2 sampai tak sempat nak tgok blog sendiri...anyway bulan ni merupakan bulan istimewa buat kaum guru. Kita akan menyambut Hari Guru pada 16 hb ni...so buat semua rakan2 guruku ku ingin ucapkan selamat hari guru, mungkin awal benar kot, apa2 pun sblum terlupa, maka saya wish awal2,,,,,buat rakan sekuliahku, jgan lupa baca buku, lpas ni exam pulak menunggu....
Thursday, 12 April 2012
Rumusan pemantauan nazir terhadap dasar MBMMBI
Pemantauan bertema yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana pelaksanaan dasar MBMMBI dijalankan di SK Kepis Felda. Hasil dari tinjauan yang dilaksanakan, masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha menjayakan dasar ini. Paling ketara ialah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dasar ini menggalakkan guru-guru menggunakan kemudahan makmal bahasa untuk sessi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pihak kementerian telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menambahbaik kemudahan makmal komputer untuk dijadikan makmal bahasa. Dengan yang demikian penggunaan makmal bahasa haruslah digunakan semaksima mungkin semasa melaksanakan P&P.
Monday, 9 April 2012
lawatan nazir ke sekolah ku.......
Lawatan nazir seramai 2 orang untuk memantau pelaksanaan dasar MBMMBI. Pencerapan pengajaran guru-guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta fail-fail berkaitan. Antaranya fail panatia, fail jawatankuasa MBMMBI peringkat sekolah dan yang sewaktu dengannya. Juga penggunaan ICT dalam pengajaran kedua-dua matapelajaran tersebut. Kesian guru-guru sekolahku, namun demi anak bangsa kentalkan semangatmu, jadikan ianya pembakar semangat untuk kita meningkatkan martabat profesion kita......
Sunday, 8 April 2012
tutorial
Hari ni dan semalam, kelas tutorial, sungguh memenatkan namun bebaloi datang sebab kena jawab soalan kuiz. Macam-macam ragam kengkawan kita, yang darah tinggi menjulang kelangit pun ada, memikirkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar, apa pun itulah dugaan-dugaan yang perlu dihadapi bla belajar umur dah senja ni......
Subscribe to:
Posts (Atom)