Thursday, 12 April 2012

Rumusan pemantauan nazir terhadap dasar MBMMBI

Pemantauan bertema yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana pelaksanaan dasar MBMMBI dijalankan di SK Kepis Felda. Hasil dari tinjauan yang dilaksanakan, masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha menjayakan dasar ini. Paling ketara ialah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dasar ini menggalakkan guru-guru menggunakan kemudahan makmal bahasa untuk sessi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pihak kementerian telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menambahbaik kemudahan makmal komputer untuk dijadikan makmal bahasa. Dengan yang demikian penggunaan makmal bahasa haruslah digunakan semaksima mungkin semasa melaksanakan P&P.

Monday, 9 April 2012

lawatan nazir ke sekolah ku.......

Lawatan nazir seramai 2 orang untuk memantau pelaksanaan dasar MBMMBI. Pencerapan pengajaran guru-guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta fail-fail berkaitan. Antaranya fail panatia, fail jawatankuasa MBMMBI peringkat sekolah dan yang sewaktu dengannya. Juga penggunaan ICT dalam pengajaran kedua-dua matapelajaran tersebut. Kesian guru-guru sekolahku, namun demi anak bangsa kentalkan semangatmu, jadikan ianya pembakar semangat untuk kita meningkatkan martabat profesion kita......

Sunday, 8 April 2012

tutorial

Hari ni dan semalam, kelas tutorial, sungguh memenatkan namun bebaloi datang sebab kena jawab soalan kuiz. Macam-macam ragam kengkawan kita, yang darah tinggi menjulang kelangit pun ada, memikirkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar, apa pun itulah dugaan-dugaan yang perlu dihadapi bla belajar umur dah senja ni......